Kelebihan dan Kekurangan Pengairan Sistem Sprinkler

SPRINKLER IRRIGATION

Ini adalah satu sistem dimana semburan air dilakukan ke udara dari sprinkler dan jatuh ketanah seperti air hujan. Semburan ini berlaku apabila air dari sumber seperti air kolam atau air sungai dipam masuk melalui penyalur (pipa PVC ) dengan tekanan yang tinggi melalui nozel (sprinkler) secara berputar (360 darjat) secara mekanikal.

image

Jarak semburan ini bergantung kepada kuasa tekanan air dari pam dan juga jenis peralatan nozel sprinkler yang digunakan. Lazimya jarak semburan 20 -30 kaki radius atau lebih bergantung kepada spesifikasi pam air dan sistem nozel digunakan. Sistem ini sering digunakan dan sesuai untuk tanaman sayuran dan tanaman semusim seperti sayuran daun, sayuran buah, tanaman umbi.

Pemasangan sistem ini perlukan keahlian khusus agar aliran dan semburan air optimal. Keuntungan sistem pengairan ini yang saya perhatikan ialah cara semburan yang seragam, sesuai untuk semua jenis tanah, tidak mudah tersumbat, mudah dialihkan kekawasan yang lain.

Cara ini juga boleh di sesuaikan dengan aplikasi penyemburan pestisida kimia atau pestisida alami dan bahan kimia lain untuk tujuan pertumbuhan tanaman pokok yang sehat. Bagaimana pun sistem sprinkler ini saya temui menggunakan kadar air yang banyak, memerlukan jenis pam air yang mempunyai tekanan tinggi serta biaya pembangunan awal lebih tinggi.

Kaedah ini juga perlukan pekerja mahir untuk mengendalikan pam, sistem pembahagian air dan juga pengawalan tekanan air serta penyelenggaraan sistem. Jika ada tiupan angin kencang akan menyebabkan sebaran air tidak merata dan mengganggu pertumbuhan pokok. Sistem ini menyebabkan terjadinya pembaziran air jika tidak dikawal dengan baik.

Saran dari hasil pengamatan kami, Penggunaan sistem sprinkler dengan tekanan yang sangat kuat dan jauh kurang sesuai untuk sesetengah tanaman seperti Cabe, Terung dan lain-lain kerana ini  akan menyebabkan bunga gugur akibat tekanan pancutan tersebut.

Iklan

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s