PANDUAN TEKNIK INOKULASI POKON GAHARU SISTEM INFUS

berikut cara teknik inokulasi pada gaharu sistem infus sbb;
  1. Inokulan gaharu, Sediakan inokulan mikroba berupa Jamur Fusarium , Lihat Cara Pembuatan Inokulan Gaharu ( KLIK DISINI )
  2. Botol air mineral kosong
  3. Hos air plastik ukuran sama dengan lubang bor
  4. Gam besi/silikon (gam campur- hitam & putih ) untuk melekatkan tutup botol dengan hos agar tidak bocor
  5. Mata bor kayu ukuran 1/2 inchi/13mm untuk pokok besar boleh menggunakan lubang yg lebih besar sedikit bg mempercepatkan proses penyerapan.
  6. Drill elektrik
  7. Alkohol untuk mensteril alatan dan lubang
  8. Pasak kayu untuk menutup lubang bor
  9. Gam plastik untuk menutup bocor antara lubang bor pada pokok dan hos
  10. Tali
  11. Paku

Cara pengerjaan :
  1. Ukur diameter pokok dengan cara = ukur lilit bahagi 3.14
  2. Buat alat infus dengan cara siapkan botol air mineral kosong. Lubangkan penutup botol seukuran hos plastik kemudian lekatkan hos plastik dengan gam besi/silikon, biarkan kering (dibuat sebelum memulakan projek injeksi).
  3. Tentukan titik bor pertama 1 meter dari pangkal pokok, bor dengan arah condong  45 darjah ke bawah  sedalam 1/3 diameter pokok
  4. *bahagian yg akan terbentuk resin adalah bahagian 2/3 batang pokok
  5. Contoh: jika keperluan  inokulan 3 kg (diameter 20-28 cm) maka lubang bor adalah 6 lubang, kerana setiap lubang akan diisi 500 gram inokulan. ( saranan; satu lubang dimasukan 500 gram inokulan) Rujuk jadual keperluan inokulan berdasarkan diameter pokok dalam jadual di bawah:
  6. Jarak lubang bor 1 dengan lubang bor 2 adalah 15 cm ke sisi dan 15 cm ke atas
  7. Kemudian masukkan alat infus yang sudah dibuat, bagian hujung hos dimasukkan ke dalam lubang bor sepenuhnya dan rapat kemudian agar cairan inokulan tidak menitis keluar dari sisi-sisi mulut lubang bor di berikan gam dan biarkan kering.
  8. Ikat dengan tali plastik bahagian bawah botol dan gantungkan pada paku yang sudah dipakukan pada batang pokok atau botol diikat pada kayu yg telah dipakukan pada batang pokok.
  9. Potong sebahagian bahagian bawah botol dengan pisau carter  untuk memasukkan cairan inokulan sebanyak maksimal 500 gram.
  10. Biarkan cairan di dalam botol habis terserap ke dalam pokok, biasanya sebelum 12 jam cairan inokulan sudah habis diserap pokok.
  11. Setelah cairan habis terserap pokok buka alat infus dan tutup lubang rapat dengan pasak kayu.
  12. Sekiranya cecair gagal menyerap proses boleh dibiarkan beberapa hari dan pastikan cecair tidak terdedah dengan bahan lain.
  13. Diigatkan: setiap pokok biasanya akan mengalami proses/tempoh pembetukan resin yang berbeza-beza dan salah satu alasannya adalah pengaruhi oleh sistem pokok itu sendiri.

CATATAN : Untuk Hasil yang lebih baik, disarankan untuk membuat sendiri Cairan Inokulan Gaharu, supaya kita bisa menjaga kualitas dari cairan inokulan yang kita pakai dan kadaluarsanya juga kita bisa memastikan karena masih baru. Berikut langkah untuk membuat Cairan Inokulan Gaharu : KLIK DISINI

Iklan

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s